About Me

My photo
A caliph of Allah swt, A teacher-to-be, insyaAllah

Saturday, October 23, 2010

currently i'm @ klcc. saya teman big bro and kakak ipar cari buku.kak hajar nak buku economics and big bro nk bku dummies kot. Owhhh, tiba2 saya suka dgn dunia buku @ Kinokuniya. Nak simpan duit bnyk2 nak beli buku macam2. Jom buat list. Nak buku asian literature-ROJAK,and I AM MUSLIM! Then before blk, singgah kfc. Teringat time dgn lily harisah and ronie. Time tu cuti deeeepavali. P/S: k cik nti jom teman nurul beli buku ni. Stay tune. Assalamualaikum

Wednesday, August 26, 2009

satu pengenalan : KECERDASAN EMOSI

PENGENALAN

Perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah kehidupan seseorang manusia. Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.

Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas automatik, viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu.

penghargaan

Assalamualaikum wbt.
Pertama sekali, saya memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA, saya berjaya menyiapkan blog pendidikan kecerdasan emosi ini.

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu saya dalam memberi sokongan serta kata-kata semangat bagi menyiapkan blog ini

Setelah menyiapkan blog pendidikan ini, barulah saya sedar kecerdasan emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang individu kerana ia boleh dilihat melalui 4 model cabang ( Four Branch Model of Emotional Intelligence) mengikut Mayer dan Salovey.

Kecerdasan Emosi merangkumi persepsi emosi dan pengekspresannya iaitu kebolehan mengenal pasti emosi dan meluahkannya dengan tepat. Yang kedua pula ialah merangkumi penggunaan emosi iaitu kebolehan menggunakan emosi secara konstruktif dalam membuat keputusan.

Yang ketiga pula ialah kefahaman emosi iaitu kebolehan memahami maksud-maksud pelbagai emosi, tujuannya dan hubungannya dengan pemikiran dan perasaan serta kesannya pada interaksi antara satu sama lain.

Yang keempat ialah pengurusan emosi. Pengurusan emosi merangkumi kebolehan mengurus emosi supaya ada peningkatan dalam aspek personal dan sosial seseorang individu.

Dalam blog ini, saya akan menerangkan tentang emosi cinta. Ia merangkumi maksud serta implikasi yang luas dalam hidup seseorang individu yang bergelar manusia.

Harapan saya adalah, semoga blog pendidikan ini memberi seribu pengetahuan tentang kecerdasan emosi bagi semua pembaca.

Sekian. Terima Kasih

Sunday, August 23, 2009

Konsep/definisi emosi cinta

Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri.

Beberapa bahasa, termasuk bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, rindu, dan berahi.

Cinta jarak jauh merupakan situasi di mana sepasang kekasih berjauhan di antara satu sama lain.Manusia sering menginginkan cinta. Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia yang merasainya gmebira, sedih, rasa keyakinan, rasa dimiliki, dan sebagainya. Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan. bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita. Amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta. Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus.

Punca berlaku emosi cinta dan bagaimana mengatasinya

Bagaimanakah kita hendak menjelaskan mengenai emosi yang sedang kita alami? Apakah yang menyebabkan kita sedih dalam suatu situasi atau keadaan tetapi sebaliknya merasa gembira dalam situasi atau keadaan yang lain. Apakah urutan peristiwa yang berlaku apabila kita mengalami sesuatu perasaan. Bagaimanakah kognisi mempunyai kaitan dengan pengalaman emosi yang subjektif? Apakah hubungan antara emosi dan tingkah laku? Beberapa teori mengenai emosi telah dirangka dalam usaha untuk menjawab persoalan yang dikemukakan tadi. Teori-teori emosi ini berbeza dari sudut penekanan yang diletakkan ke atas fisiologi, tingkah laku dan kognisi.

Teori emosi cinta?

Kualiti perhubungan antara dua orang individu dapat diukur menggunakan ciri-ciri keintiman yang ada antara mereka berdua. Setiap pasangan menyimpan harapan akan menikmati keintiman antara satu sama lain. Harapan itu penting dalam perhubungan, terutama dalam perkahwinan.

Sebagai contoh, Fenomena cinta pandang pertama berlaku antara dua orang individu yang memiliki kuasa tarikan ke atas satu sama lain dengan kekuatan yang serupa tingginya. Dengan lain perkataan, mereka saling menyukai antara satu sama lain. Segala-galanya bermula apabila mereka mula-mula berkenalan. Kita sentiasa mengukur tinggi rendah kuasa tarikan pasangan-pasangan yang kita kenal di sekeliling kita. Salah satu teori berkaitan dengan cinta ialah teori ambang cinta.

Ini kerana setiap orang pernah mengalami keadaan yang dipanggil 'kesediaan' untuk bercinta, ataupun berada di ambang cinta. Keadaan ini ber
laku apabila seseorang individu itu mengalami adanya pertembungan dua dorongan dalam diri ataupun jiwanya.

Keadaan pertama, dia mengalami perasaan yang inginkan kehadiran cinta dalam hidupnya. Maknanya pada waktu ini, dia sedang bersendirian dan tidak memiliki sesiapa pun untuk dicintai. Keadaan seperti ini biasa dialami oleh si bujang dan mereka yang sudah bercerai dengan pasangan masing-masing. Rasa sepi menyebabkan mereka sentiasa mengharap agar ada insan lain yang sudi mendampingi dan meyintai mereka. Mereka yang kesepian ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu mereka yang cintanya tidak berbalas, mereka yang sedang menghadapi krisis percintaan dan mereka yang sedang menghadap
i masalah dalam rumah tangga.

Dorongan yang kedua, untuk jatuh cinta seseorang itu mesti bertemu dengan orang yang pada penglihatannya mampu memenuhi keperluannya. Bermakna, bagi yang sedang mencari cinta, mereka perlu melihat faktor penarik yang ada pada orang yang ingin dimiliki cintanya.

Dua jenis faktor penarik iaitu yang pertama, keperluan-keperluan am seperti wang, seks, pekerjaan, jawatan, taraf sosial dan lain-lain.

Faktor kedua adalah keperluan-keperluan psikologi seperti emosi, intelek dan rohani. Kita memulakan proses tertarik, berkenalan, jatuh cinta dan seterusnya berkahwin kerana didorong oleh semua keperluan ini. Kita sentiasa mengharap pasangan kita akan memenuhi keperluan kita yang begitu mendalam.

bagaimana mengatasi masalah emosi yang di hadapi?

1. Tenangkan Hati Di Tempat Yang Nyaman
Jika sedang marah alihkan perhatian anda pada sesuatu yang anda sukai dan lupakan segala yang terjadi. Tempat yang sunyi dan nyaman seperti taman, pantai, kebun, ruang santai, dan lain sebagainya mungkin tempat yang sesuai bagi anda. Jika emosi agak memuncak mungkin anda perlu berekreasi untuk penyegaran diri.

2. Mencari Kesibukan Yang Disukai
Untuk melupakan kejadian atau sesuatu yang membuat emosi kemarahan kita memuncak kita perlu melakukan sesuatu yang mengalihkan perasaan marah. Contoh seperti mendengarkan muzik, bermain gitar atau alat musik lainnya, membaca buku, chating, menulis artikel, menonton wayang, dan lain-lain. Hindari perbuatan bodoh seperti merokok, atau mengambil minuman keras yang dapat merosakkan diri.

3. Berkongsi masalah dengan orang yang bole dipercayai
Menceritakan segala sesuatu yang terjadi pada diri kita mungkin dapat sedikit banyak membantu mengurangi beban yang ada di hati.

4. Mencari Penyebab Dan Mencari Jalan Penyelesaian
Ketika fikiran anda mulai tenang, cubalah untuk mencari sumber permasalahan dan bagaimana untuk menyelesaikannya dengan cara terbaik. Untuk memudahkan gunakan sehelai kertas kosong dan sebatang pen untuk menulis masalah yang anda hadapi. Mungkin itu semua akan secara signifikan mengurangi beban fikiran anda.

5. Ingin Menjadi Orang Baik
Orang baik yang sering anda lihat, yang kalau marah tetap tenang, tidak bermaksud menyakiti orang lain dan selalu mengusahakan jalan terbaik. Pasti anda ingin dipandang orang sebagai seorang yang baik.

6. Berpikir Rasional Sebelum Bertindak
Sebelum marah kepada orang lain cubalah anda memikirkan dulu adakah dengan masalah tersebut anda layak marah pada suatu tingkat kemarahan.

7. Diversifikasi Tujuan, Cita-Cita Dan Impian Hidup
Semakin banyak cita-cita dan impian hidup anda maka semakin banyak hal yang perlu anda raih dan kejar mulai saat ini. Tetapkan impian dan arah tuju hidup anda setinggi mungkin namun dapat dicapai apabila dilakukan dengan serius dan kerja keras. Hal tersebut akan membuat hal-hal remeh tidak akan menjadi penting kerana anda terlalu sibuk dengan mengejar masa depan anda.

Kepentingan emosi cinta terhadap kehidupan pelajar

CINTA merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Cinta ada kaitan langsung dengan kasih sayang, rindu, suka, gembira, sejahtera dan bahagia.

Perasaan cinta merupakan sifat semula jadi anugerah Allah. Cinta lahir dalam pelbagai jenis seperti cinta Allah, cinta Rasul, cinta diri, cinta keluarga, cinta suami atau isteri, cinta ibu bapa, cinta anak, cinta sahabat handai dan cinta harta.

Sebenarnya, cinta ada kaitan dengan keimanan dan ketaqwaan. Rasulullah bersabda dengan bermaksud: "Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka" - Mutafakun alaih.

Kepentingan emosi cinta

Kepentingan cinta kepada diri sendiri mendorong seseorang untuk menjaga dan menghargai diri sendiri, mengambil berat terhadap kesihatan dan mengambil berat terhadap kesejahteraan fizikal dan mental.

Cinta jasmani mendorong seseorang sentiasa menjaga diri, menjaga kebersihan, mengambil pemakanan secara seimbang, mengambil berat terhadap keperluan pemakanan halal dan baik, merawat ketika sakit dan sentiasa berikhtiar untuk mencari ubat apabila menghidap penyakit.

PELIHARA cinta dan kasih sayang dalam keluarga untuk membentuk sebuah famili harmoni.

Cinta diri bermakna mengambil berat terhadap keperluan untuk memajukan diri, menyedari terhadap potensi diri yang dimiliki, sentiasa berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan untuk kejayaan dan kecemerlangan diri.

Orang cinta diri sentiasa berusaha untuk meneroka dan mencari kebaikan untuk diri, mencari perkara yang berfaedah yang boleh mendatangkan manfaat masa depan.

Sentiasa mengambil berat dan benci terhadap apa jua perkara yang boleh menghalang diri untuk berjaya.

Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa hidup harmoni dan kasih sayang sesama insan.

Hidup bekerjasama dan tolong menolong merupakan cara terbaik untuk kita membuktikan cinta sesama insan. Firman Allah: "Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui" - surah al-Imran :92.

CINTAILAH Allah dan Rasulnya untuk kebahagian dunia dan akhirat.

Dalam satu hadis Rasulullah menegaskan: "Apabila seseorang muslim berjumpa sesama muslim dalam kesusahan lalu menolongnya dengan sempurna, maka seluruh dosa mereka gugur seperti daun-daun berguguran daripada pohon yang ditiup angin. Maknanya seluruh dosa mereka terhapus walau sebanyak buih di lautan" - hadis riwayat al-Tabrani.

Kerana itu, kita ditegah daripada bersifat sombong. Rasulullah mengingatkan bahawa: "Di hari akhirat kelak, nilai orang yang menyombong diri di sisi Allah tidak sampai nilainya seperti kepak seekor nyamuk" - Hadis riwayat Bukhari.

Nilai cinta yang paling tinggi adalah kecintaan kepada Allah dan Rasul. Untuk mencapai ke puncak cinta berkenaan tidak ada cara lain melain dengan cara meningkatkan ibadah kita seperti sembahyang, puasa, berzakat dan zikir serta berdoa.

Firman Allah: "Katakanlah (Wahai Muhammad): 'Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah Daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah amat pengampun, lagi maha Mengasihani" - surah al-Imran :31

Implikasi emosi cinta terhadap kehidupan pelajar

Cinta

Istilah cinta ini memberi implikasi yang sangat besar kepada semua peringkat umur.
Ia tidak di lihat hanya pada satu konsep iaitu sayang kepasa seseorang, tetapi is membawa maksud yang mendalam kepada individu di peringkat umur tertentu mengikut keperluan hidup masing- masing.

Pelbagai jenis perhubungan yang mesra dan kasih sayang adalah penting sepanjang hayat.

Tahap I (4 – 6 tahun)
· Kasih sayang bermaksud mempunyai perasaan sayang terhadap diri dan orang
lain
· Kita boleh mengalami perasaan kasih sayang yang berbeza
· Kita meluahkan dan menunjukkan kasih sayang yang berbeza terhadap ibu bapa,
keluarga dan kawan-kawan
· Mengenali dan menyayangi diri sendiri : “Saya adalah insan istimewa”

Tahap II (7 – 9 tahun)
· Kasih sayang bermaksud mempunyai perasaan sayang terhadap diri dan orang
lain
· Seseorang mengalami perhubungan saling mengasihi sepanjang hayat
· Seseorang mengalami perasaan kasih sayang yang berbeza
· Seseorang boleh meluahkan perasaan kasih sayang terhadap orang lain melalui
pelbagai cara
· Individu meluahkan dan menunjukkan rasa sayang yang berbeza kepada ibu
bapa, keluarga dan kawan-kawan
· Menyayangi diri akan mempertingkatkan jalinan perhubungan dengan orang lain

Tahap III (10 – 12 tahun)
· Kasih sayang bermaksud mempunyai perasaan sayang terhadap diri dan orang
lain
· Cinta bermaksud mempunyai perasaan kasih sayang yang mendalam terhadap
diri dan orang lain
· Seseorang mengalami perhubungan saling mengasihi sepanjang hayat
· Seseorang mengalami perasaan cinta yang berbeza
· Seseorang boleh meluahkan perasaan cinta terhadap orang lain melalui pelbagai
cara
· Individu meluahkan dan menunjukkan rasa sayang yang berbeza kepada ibu
bapa, keluarga dan kawan-kawan
· Menyayangi diri akan mempertingkatkan jalinan perhubungan dengan orang lain
· Golongan muda mempunyai pelbagai persepsi berkaitan “janji temu” dan
“kasih sayang”
· Sebelum menjalinkan perhubungan intim, kita perlu berkawan, meluangkan
masa bersama dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam

Tahap IVA (13 – 15 tahun)
· Golongan muda mempunyai pelbagai persepsi berkaitan “janji temu” dan
“kasih sayang”
- Sebelum menjalinkan perhubungan intim, kita perlu berkawan, meluangkan
masa bersama dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam
- Janji temu meliputi bersama-sama menjalankan aktiviti rekreasi, mempelajari
perkara baru dan berlatih kemahiran bersosial
- Keinginan, minat dan kesediaan berbeza di kalangan individu
- Pelbagai tanggapan semasa janji temu (berdating)
- Individu membuat janji temu (berdating) bagi tujuan yang berbeza, misalnya,
mencari teman, berkongsi pengalaman, menjalin persahabatan dan berkasih
sayang
- Individu yang berlainan bangsa, etnik dan kepercayaan agama mungkin
mendampingi antara satu sama lain
- Berbelanja serta memberi hadiah semasa janji temu tidak bermakna seseorang
itu berhak meminta sebarang ganjaran berbentuk seksual sebagai balasan
- Jalinan hubungan diperkukuhkan melalui sikap jujur dan terbuka.
· Cinta tidak sama dengan tarikan (attraction/infatuation) atau hubungan seksual
· Memahami perbezaan antara tarikan, kasih sayang, hubungan intim, perasaan
romantis dan cinta
- “Cinta pertama” dan jatuh cinta adalah berbeza dan mungkin merupakan
pengalaman paling hebat dalam hidup seseorang
- Perasaan mula bercinta adalah berbeza daripada perasaan semasa bercinta
dalam perhubungan yang kekal dan mesra
- Dimensi dan komitmen mungkin berbeza dalam percintaan
- Individu mungkin terkeliru antara cinta dengan perasaan lain seperti cemburu
dan terkongkong
- Cara positif untuk menangani putus cinta atau cinta yang tidak berbalas
· Menyayangi diri sendiri akan mempertingkatkan keupayaan seseorang mengasihi
orang lain
· Hubungan seks tidak sepatutnya dijadikan sebagai ujian dalam percintaan
· Perasaan kasih sayang dan cinta boleh diluahkan tanpa melibatkan sebarang
bentuk aktiviti seksual

Tahap IVB (16 – 18 tahun)
· Golongan muda mempunyai pelbagai persepsi berkaitan “janji temu” dan “kasih
sayang”
- Sebelum menjalinkan perhubungan intim, kita perlu berkawan, meluangkan
masa bersama dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam
- Janji temu meliputi bersama-sama menjalankan aktiviti rekreasi, mempelajari
perkara baru dan berlatih kemahiran bersosial
- Keinginan, minat dan kesediaan berbeza di kalangan individu
- Pelbagai tanggapan semasa janji temu (berdating)
- Individu membuat janji temu (berdating) bagi tujuan yang berbeza, misalnya,
mencari teman, berkongsi pengalaman, menjalin persahabatan dan berkasih
sayang
- Individu yang berlainan bangsa, etnik dan kepercayaan agama mungkin
mendampingi antara satu sama lain
- Berbelanja serta memberi hadiah semasa janji temu tidak bermakna seseorang
itu berhak meminta sebarang ganjaran berbentuk seksual sebagai balasan
- Jalinan hubungan diperkukuhkan melalui sikap jujur dan terbuka

- Mengekalkan hubungan berkualiti adalah tanggungjawab bersama
- Nilai janji temu adalah berbeza di kalangan keluarga, budaya dan agama
- Keluarga mungkin mempunyai tanggapan berbeza mengenai janji temu di
kalangan remaja lelaki dan perempuan.
· Percintaan melibatkan perkongsian nilai, komitmen dan keintiman
· Memahami akibat menggunakan hubungan seks sebagai ujian dalam percintaan
· Mengetahui cara-cara meluahkan perasaan mesra tanpa melibatkan hubungan
seks

Tahap V (19 tahun ke atas)

kalangan remaja lelaki dan perempuan
· Percintaan melibatkan perkongsian nilai, komitmen dan keintiman
· Memahami akibat menggunakan hubungan seks sebagai ujian dalam percintaan
· Mengetahui cara-cara meluahkan perasaan mesra tanpa melibatkan hubungan
seks
· Memahami maksud perhubungan janji temu dan perkahwinan
· Mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pasangan

the owner

the owner
Nurulhusna Yaacob PPISMP 1.08 910703-07-5598
 
Blog Design by Template-Mama.