
Bagaimanakah kita hendak menjelaskan mengenai emosi yang sedang kita alami? Apakah yang menyebabkan kita sedih dalam suatu situasi atau keadaan tetapi sebaliknya merasa gembira dalam situasi atau keadaan yang lain. Apakah urutan peristiwa yang berlaku apabila kita mengalami sesuatu perasaan. Bagaimanakah kognisi mempunyai kaitan dengan pengalaman emosi yang subjektif? Apakah hubungan antara emosi dan tingkah laku? Beberapa teori mengenai emosi telah dirangka dalam usaha untuk menjawab persoalan yang dikemukakan tadi. Teori-teori emosi ini berbeza dari sudut penekanan yang diletakkan ke atas fisiologi, tingkah laku dan kognisi.
Teori emosi cinta?
Sebagai contoh, Fenomena cinta pandang pertama berlaku antara dua orang individu yang memiliki kuasa tarikan ke atas satu sama lain dengan kekuatan yang serupa tingginya. Dengan lain perkataan, mereka saling menyukai antara satu sama lain. Segala-galanya bermula apabila mereka mula-mula berkenalan. Kita sentiasa mengukur tinggi rendah kuasa tarikan pasangan-pasangan yang kita kenal di sekeliling kita. Salah satu teori berkaitan dengan cinta ialah teori ambang cinta.
Ini kerana setiap orang pernah mengalami keadaan yang dipanggil 'kesediaan' untuk bercinta, ataupun berada di ambang cinta. Keadaan ini berlaku apabila seseorang individu itu mengalami adanya pertembungan dua dorongan dalam diri ataupun jiwanya.
Keadaan pertama, dia mengalami perasaan yang inginkan kehadiran cinta dalam hidupnya. Maknanya pada waktu ini, dia sedang bersendirian dan tidak memiliki sesiapa pun untuk dicintai. Keadaan seperti ini biasa dialami oleh si bujang dan mereka yang sudah bercerai dengan pasangan masing-masing. Rasa sepi menyebabkan mereka sentiasa mengharap agar ada insan lain yang sudi mendampingi dan meyintai mereka. Mereka yang kesepian ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu mereka yang cintanya tidak berbalas, mereka yang sedang menghadapi krisis percintaan dan mereka yang sedang menghadapi masalah dalam rumah tangga.
Dorongan yang kedua, untuk jatuh cinta seseorang itu mesti bertemu dengan orang yang pada penglihatannya mampu memenuhi keperluannya. Bermakna, bagi yang sedang mencari cinta, mereka perlu melihat faktor penarik yang ada pada orang yang ingin dimiliki cintanya.
Dua jenis faktor penarik iaitu yang pertama, keperluan-keperluan am seperti wang, seks, pekerjaan, jawatan, taraf sosial dan lain-lain.
Faktor kedua adalah keperluan-keperluan psikologi seperti emosi, intelek dan rohani. Kita memulakan proses tertarik, berkenalan, jatuh cinta dan seterusnya berkahwin kerana didorong oleh semua keperluan ini. Kita sentiasa mengharap pasangan kita akan memenuhi keperluan kita yang begitu mendalam.
1. Tenangkan Hati Di Tempat Yang Nyaman
Jika sedang marah alihkan perhatian anda pada sesuatu yang anda sukai dan lupakan segala yang terjadi. Tempat yang sunyi dan nyaman seperti taman, pantai, kebun, ruang santai, dan lain sebagainya mungkin tempat yang sesuai bagi anda. Jika emosi agak memuncak mungkin anda perlu berekreasi untuk penyegaran diri.
2. Mencari Kesibukan Yang Disukai
Untuk melupakan kejadian atau sesuatu yang membuat emosi kemarahan kita memuncak kita perlu melakukan sesuatu yang mengalihkan perasaan marah. Contoh seperti mendengarkan muzik, bermain gitar atau alat musik lainnya, membaca buku, chating, menulis artikel, menonton wayang, dan lain-lain. Hindari perbuatan bodoh seperti merokok, atau mengambil minuman keras yang dapat merosakkan diri.
3. Berkongsi masalah dengan orang yang bole dipercayai
Menceritakan segala sesuatu yang terjadi pada diri kita mungkin dapat sedikit banyak membantu mengurangi beban yang ada di hati.
4. Mencari Penyebab Dan Mencari Jalan Penyelesaian
Ketika fikiran anda mulai tenang, cubalah untuk mencari sumber permasalahan dan bagaimana untuk menyelesaikannya dengan cara terbaik. Untuk memudahkan gunakan sehelai kertas kosong dan sebatang pen untuk menulis masalah yang anda hadapi. Mungkin itu semua akan secara signifikan mengurangi beban fikiran anda.
5. Ingin Menjadi Orang Baik
Orang baik yang sering anda lihat, yang kalau marah tetap tenang, tidak bermaksud menyakiti orang lain dan selalu mengusahakan jalan terbaik. Pasti anda ingin dipandang orang sebagai seorang yang baik.
6. Berpikir Rasional Sebelum Bertindak
Sebelum marah kepada orang lain cubalah anda memikirkan dulu adakah dengan masalah tersebut anda layak marah pada suatu tingkat kemarahan.
7. Diversifikasi Tujuan, Cita-Cita Dan Impian Hidup
Semakin banyak cita-cita dan impian hidup anda maka semakin banyak hal yang perlu anda raih dan kejar mulai saat ini. Tetapkan impian dan arah tuju hidup anda setinggi mungkin namun dapat dicapai apabila dilakukan dengan serius dan kerja keras. Hal tersebut akan membuat hal-hal remeh tidak akan menjadi penting kerana anda terlalu sibuk dengan mengejar masa depan anda.


No comments:
Post a Comment