Assalamualaikum wbt.
Pertama sekali, saya memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA, saya berjaya menyiapkan blog pendidikan kecerdasan emosi ini.
Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu saya dalam memberi sokongan serta kata-kata semangat bagi menyiapkan blog ini
Setelah menyiapkan blog pendidikan ini, barulah saya sedar kecerdasan emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang individu kerana ia boleh dilihat melalui 4 model cabang ( Four Branch Model of Emotional Intelligence) mengikut Mayer dan Salovey.
Kecerdasan Emosi merangkumi persepsi emosi dan pengekspresannya iaitu kebolehan mengenal pasti emosi dan meluahkannya dengan tepat. Yang kedua pula ialah merangkumi penggunaan emosi iaitu kebolehan menggunakan emosi secara konstruktif dalam membuat keputusan.
Yang ketiga pula ialah kefahaman emosi iaitu kebolehan memahami maksud-maksud pelbagai emosi, tujuannya dan hubungannya dengan pemikiran dan perasaan serta kesannya pada interaksi antara satu sama lain.
Yang keempat ialah pengurusan emosi. Pengurusan emosi merangkumi kebolehan mengurus emosi supaya ada peningkatan dalam aspek personal dan sosial seseorang individu.
Dalam blog ini, saya akan menerangkan tentang emosi cinta. Ia merangkumi maksud serta implikasi yang luas dalam hidup seseorang individu yang bergelar manusia.
Harapan saya adalah, semoga blog pendidikan ini memberi seribu pengetahuan tentang kecerdasan emosi bagi semua pembaca.
Sekian. Terima Kasih
About Me
Wednesday, August 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
the owner
Nurulhusna Yaacob PPISMP 1.08 910703-07-5598

No comments:
Post a Comment